Siapa Kami
Klinik Dr Firdaus adalah salah satu peneraju klinik swasta dalam menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit. Skop rawatan yang disediakan termasuklah perubatan am, kanak-kanak dan pembedahan kecil. Kami turut menyediakan perkhidmatan rawatan ke rumah bagi pesakit yang uzur serta memberi khidmat nasihat kepada masyarakat berkaitan penjagaan kesihatan. Kami beroperasi bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari termasuk hari cuti umum dan hari perayaan.
Di atas reputasi klinik kami yang cemerlang serta perkhidmatan rawatan terbaik yang diberikan, klinik kami telah diberi kepercayaan oleh lebih daripada 20 panel syarikat seperti MARA, PMCARE, AIA, MICARE, MEDICLINIC, HEALTH CONNECT dan banyak lagi.
Klinik Dr Firdaus berazam untuk terus menjadi yang terbaik dalam menyediakan rawatan perkhidmatan pesakit dengan penambahbaikan kualiti perawatan jururawat serta doktor dan menambah aset-aset rawatan serta ubat yang terkini dari semasa ke semasa.
Comments
Post a Comment