SOAL JAWAB BERKAITAN KLINIK

Soalan

 1. Adakah waktu operasi klinik sama sepanjang tahun? Bilakah klinik tidak beroperasi/cuti ?

 i. Waktu operasi klinik adalah 8.00pagi hingga 11.00malam setiap hari Sabtu hingga Khamis. Jumaat klinik buka 10.00pagi hingga 12.00 tengah hari dan 8.00malam hingga 10.30malam.

ii. Klinik dibuka pada hari cuti umum / public holiday

iii. Klinik hanya tutup pada Hari Raya Aidilfitri (Raya 1&2), Raya Korban (Raya 1&2) dan Hari Pekerja (1 MEI)

iv. Selain daripada hari tersebut klinik dibuka setiap hari sepanjang tahun.


2. Adakah perlukan appointment /walk in ?

i. Pesakit boleh walk in klinik tanpa perlu sebarang appointment.


3. Adakah klinik menyediakan rawatan percuma & ujian darah percuma ?

i. Klinik menyediakan rawatan percuma kepada yang layak dibawah Program Madani sahaja.

ii. Ujian darah percuma disediakan bagi yang layak dibawah Progam Peka B40 sahaja.


4. Adakah klinik menolak pendaftaran pesakit  5minit sebelum waktu operasi berakhir ?

i. Menjadi polisi klinik untuk tidak menolak pendaftaran pesakit walaupun operasi klinik telah berakhir sekiranya pintu klinik belum ditutup atau dr masih melihat pesakit.

ii. Tiada pendaftaran boleh ditolak walaupun pesakit mendaftar pukul 10.59malam seminit sebelum klinik tutup.

iii. Aduan terus boleh dikemukan kepada Dr Firdaus 0192179174. Tindakan tegas boleh diambil jika terbukti staff pendaftaran menolak pesakit untuk mendapatkan rawatan.

iv. Jika klinik masih belum ditutup walaupun melepasi waktu operasi pesakit boleh lagi mendaftar dengan syarat masih ada doktor di bilik konsultasi. Sebagai contoh 11.30malam klinik masih beroperasi jadi pesakit masih boleh mendaftar.


5. Adakah klinik menjual MC, backdated MC ?

i. Klinik Dr Firdaus TIDAK menjual mc pesakit kerana perkara tersebut menyalahi UNDANG-UNDANG MALAYSIA.


6.Adakah klinik dr firdaus menjalankan saringan kesihatan / FOMEMA/ GDL & Pemeriksaan Kesihatan untuk bakal Jemaah Haji  ?

i. Ya Klinik Dr Firdaus melakukan saringan kesihatan FOMEMA, GDL & adalah pemeriksa bakal jemaah haji bertauliah.



Comments

Popular Posts